Saturday, July 28, 2012

Mencari Lailatul Qadar


Berikut adalah beberapa pandangan mengenai bilakah peristiwa besar ini berlaku

1. Lailatul qadar itu jatuh pada malam 17 Ramadhan : Sebagian ulama mengatakan bahwa lailatul qadar itu terjadi pada tanggal 17 Ramadhan, yaitu malam diturunkannya al-Qur’an. Hal ini disampaikan oleh Zaid bin Arqam dan Abdullah bin Zubair ra. di dalam hadits riwayat Ibnu Abi Syaibah, Baihaqi dan Bukhari.

2. Lailatul qadar itu jatuh pada 10 malam terakhir : Sebagian ulama lain mengatakan bahwa lailatul-qadar itu jatuh pada malam-malam ganjil, tepatnya di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Pendapat mereka didasarkan hadits berikut ini:Dari Aisyah ra. bahwa Rasululah SAW bersabda,”Carilah lailatul qadar pada malam-malam ganjil di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari, Muslim dan Baihaqi)

3. Lailatul qadar terjadi pada malam tanggal 21 Ramadhan : Sebagian ulama lainnya lagi mengatakan bahwa lailatul qadar jatuh pada tanggal 21 Ramadhan. Pendapat ini berdasarkan hadits riwayat Abi Said al Khudri yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim.

4. Lailatul qadar jatuh pada malam tanggal 23 bulan Ramadhan : Para ulama lainnya mengatakan bahwa lailatul qadar itu jatuh pada malam tanggal 23 Ramadhan. Mereka mendasarkan pendapatnya berdasarkan hadits riwayat Abdullah bin Unais al Juhany, seperti dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim.

5. Lailatul qadar jatuh pada malam tanggal 27 bulan Ramadhan : Ini berdasarkan hadits riwayat Ibnu Umar, seperti dikutip oleh Ahmad. Dan seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, bahwa Umar bin al Khaththab, Hudzaifah serta sekumpulan besar shahabat, yakin bahwa lailatul qadar terjadi pada malam 27 bulan Ramadhan. Rasulullah SAW seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, juga pernah menyampaikan kepada shahabat yang telah tua dan lemah tak mampu qiyam berlama-lama dan meminta nasehat kepada beliau kapan ia bisa mendapatkan lailatul qadar, Rasulullah SAW kemudian menasehati agar ia mencarinya pada malam ke 27 bulan Ramadhan (HR Thabrani dan Baihaqi).

6. Lailatul qadar berpindah-pindah di 10 malam terakhir : Riwayat dari Ibnu Umar dan Abi Bakrah yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim mengatakan bahwa terjadinya lailatul qadar mungkin berpindah-pindah pada malam-malam ganjil sepanjang sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.



~ Sekiranya kita tak pernah sempat bertemu dengan malam Lailatul Qadar sebelum ini, mudah-mudahan Allah pertemukannya pada tahun ini sebagai pertemuan pertama kita. Aminnn. Terdapat satu analogi yang boleh kita fahamkan;- andai kata kita ada 30biji telur. Daripada 30biji telur itu terdapat satu telur yang mengandungi emas. Untuk dapatkan emas itu, kita kena pecahkan satu persatu sehingga habis. Begitulah juga dengan malam Lailatul Qadar. Di 10 malam terakhir ini, kita kena tidur awal selepas tarawih agar kita dapat bangkit jam 1.00 atau jam 2.00 am. setiap hari. dan beribadah kepadaNya. Dengan cara ini sekiranya diizinkan Allah, kita akan dapat. InsyaAllah.
Apa yang penting keikhlasan hati...
Jom lah kita start berdoa dari sekarang supaya Allah pilih kita untuk menyertai memanfaatkan malam Lailatul Qadar bersama para soleh/solehah, Muslimin Muslimat semua...

Selamat Mencari Lailatul Qadar sahabat-sahabat semua :)

Tuesday, July 24, 2012

Resipi I

Semalam dapat belajar dari my mom to prepare a dish of KUIH BUAH MELAKA.
Bila dah buat baru laa rasa wow it's so simple and easy, selama ni belii je tau kann.
so, kalau ada masa tuu boleh laa korang cuba resipi mak sy ni :)
Bahan-Bahan :
Air secukupnya
500 gram tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
3 titis pewarna hijau
2 helai daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil berbentuk dadu)
Kelapa parut (campurkan sedikit garam)
Cara-cara :
1.   Sediakan adunan (pastikan adunan tak lembik sangat, biar kental supaya senang dibentuk)
Ø  Gaul tepung pulut dan tepung beras dengan air secukupnya.
Ø  Masukkan pewarna hijau.
Ø  Tumbuk/kisar daun pandan dan ambil airnya, campur dalam adunan.
2.   Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
3.   Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
4.   Letakkan gula melaka ditengah-tengah dan gentel semula menjadi bulat.
5.   Masukkan kuih ke dalam periuk yang dididihkan tadi, dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul.
6.   Sejat dan biarkan seketika selama 5minit.
7.   Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.

      and... tadaaa, a dish of Kuih Buah Melaka siap untuk dimakan.




kalau ikut betul-betul resipi ni, lebih kurang 10 orang dapat makan. boleh bagi jiran-jiran lagii.
insyaAllah. Selamat mencuba :]

Sunday, July 22, 2012

Perempuan Neraka

Bismillah..
Perempuan neraka *tersentap setiap kali dengar ayat tuu. Actually ini adalah tajuk cerekarama kat tv3 tadi. memang penuh pengajaran citer tuu, insaf kejap bila tengok (aik, kejap je??). okay entry ni bukan nak sinopsiskan citer tadi tu, kalau nak tau pergi laa cari sendiri k nanti.

"Perempuan paling ramai masuk neraka"
eventhough the sentence seems like bias to woman. it's a fact, yang diluahkan oleh Baginda Rasulullah SAW sendiri. so kita tak boleh nak menyangkal lagi. dan aku sebagai seorang perempuan perlu berusaha keras supaya tak membiarkan diri menjadi kayu pembakar api neraka. Nauzubillah... takut dan gentar hanya Allah Maha Mengetahui :(

Ya Allah. Lindungilah aku, ibu ku, kakak-kakak ku, adik ku, saudara-saudara ku, sahabat-sahabat ku dari tergolong sebagai perempuan neraka. nauzubillahminzalik...

Apa yang membuatkan Rasulullah SAW menangis selepas melalui Malam Israk dan Mikraj?

Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

MasyaAllah... banyak sungguh kesalahan yang perempuan sering lakukan. Oleh itu, Rasulullah SAW menasihati perempuan agar rajinkan beristighfar dan bersedekah.

Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”

p/s ; Perempuan yang sudah berkahwin dengan senangnya dapat masuk Syurga andai taat kepada Allah, Rasul, dan suaminya. insyaAllah.
namun perempuan yang bergelar isteri juga dengan mudahnya dihumban keneraka andai tidak mentaati suami, kemurkaan suami membawa kepada kemurkaan Allah..
Wallahualam. so ladies, ayuh kita memilih dengan bijak isteri yang bagaimana kita nak jadi nanti??? *wondering siapakah bakal imam ku.. hikhik



Saturday, July 7, 2012

Kahwinkan aku! Kahwinkan aku!

Bismillah..

Eh rilex laa, mesti terkezzut dengan title entry aku ni kann. hihi

Ikuti laa kisah penuh iktibar dibawah ni. *sumber dari http://greenboc.blogspot.com/

     Seorang solehin dahulunya jika ditawarkan supaya berkahwin pasti menolak, tiba-tiba pada suatu hari dia bangun dari tidur dan berkata; "Kahwinkanlah aku, kahwinkanlah aku."

 
     Orang ramai pun bertanya; "Mengapa tiba-tiba kamu minta kahwin padahal selama ini engkau sentiasa menolak?"


Jawabnya; "Semoga aku mendapat anak, lalu mati ketika masih kecil sehingga menjadi perintis bagiku ke Akhirat."

"Apa maksud kata-kata kamu ini?" tanya orang lagi.

"Aku telah bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan aku berdiri bersama orang ramai di Mahsyar, dengan rasa yang amat haus sehingga hampir mematahkan leherku.

     Tiba-tiba aku nampak anak-anak kecil membawa gelas-gelas perak yang ditutupi sapu tangan dari cahaya. Anak-anak itu mencelah-celah di kalangan orang ramai untuk memberi minum satu-satu.

     Aku pun menghulurkan tanganku pada mereka dan berkata; berikan padaku kerana aku juga sangat haus. Tiba-tiba anak-anak kecil itu melihat padaku dan berkata; anda tidak mempunyai anak di kalangan kami dan kami ini hanya memberi minum kepada ibu dan ayah kami. Aku pun bertanya; siapakah kamu? Jawab mereka; kami anak-anak kecil yang mati dari kaum Muslimin.

Moralnya:
Nasihat GB kepada anak dara atau janda, pemuda atau duda, segeralah bernikah demi mengelakkan diri dari tercebur ke lembah dosa dan noda.

Kalau boleh dapat secara halal, kenapa nak pilih secara haram?
Kelau benar kata cinta, beritahu dia, kenapa kita tak nikah saja?
Kerana entah esok lusa salah seorang dari kita, atau kedua-dua, mungkin tiada.
Dalam akhbar sentiasa ada berita, Tuhan ambil nyawa, tak kira masa dan ketika, ada kemalangan yang lansung tak terduga. Sebagai peringatan buat semua.

Gelombang dan gelora untuk melakukan zina pula semakin hari semakin menggila - menunggu mangsa bila-bila masa, walaupun seorang merasa iman dan Islamnya dah cukup kuat pun, tamsilnya di hari hujan yang lebat, payung besar mana pun, tempiasnya tetap terkena jua.

Firman Allah:

Maksudnya: “dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dalam kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dalam kalangan hamba-hamba kamu baik lelaki mahu perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya;” (Surah Al-Nur : 32-33)

Dengan perkahwinan hubungan manusia yang terlarang menjadi halal, dan dengan perkahwinan bercambah biak lagi umat manusia di muka bumi ini. Dengan perkahwinan juga mereka yang miskin boleh menjadi kaya dan dimurahkan rezeki. Dan pada masa yang sama, umat Islam akan berada dalam keadaan aman daripada gangguan mereka yang jahat.

Selain itu, Rasulullah sendiri berkahwin dan beranak pinak. Atas dasar itu, perkahwinan sudah dikira sebagai sunah rasulullah. Banyak hadis yang menjelaskan hal ini yang antaranya ialah:
مَنْ أَحَبَّ فِطْرَتِي فَلْيَسْتَسِنَّ بِسُنَّتِي وَمِنْ سُنَّتِي الْنِكَاحُ
Maksudnya: Sesiapa yang sukakan fitrahku maka contohilah sunahku, dan sebahagian daripada sunahku ialah bernikah
.

Dalam hadis yang lain rasulullah bersabda:
اَلنِّكَاحُ سُنَّتِي فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيسَ مِنِّي
Maksudnya: Nikah adalah sunahku, maka sesiapa yang membenci sunahku maka dia bukanlah dalam golongan umatku.


Kita dianjur supaya sentiasa berpesan-memesan sesama kita:
Demi masa
seseungguhnya manusia itu dalam kerugian
kecuali mereka yang beriman dan beramal saleh
pesan-memesan dengan kebenaran
pesan memesan dengan kesabaran
- Al-Asr


~end


Akhir kata dari aku...
Andai sudah bertemu dengan jodoh yang baik, berusahalah agar cepat-cepat bernikah dan mohonlah pada Allah agar dipermudahkan untuk disatukan.
Namun andai belum ada yang berkenan dihati dan belum bertemu sang arjuna tuu, ada tiga nasihat aku yang aku sendiri sedang berusaha terus mempraktikkannya insyaAllah.. 
1. bersabarlah dalam penantian.
2. berusaha memperbaiki diri.
3. bertahajjud dengan doa yang ikhlas.

insyaAllah, sama-sama laa kita manfaatkan apa yang baik untuk hidup kita :)

Thursday, July 5, 2012

Malam Nisfu Syaaban

Bismillah.
Pada malam yang mulia disisi Allah,, hujan turun dengan sayup-sayup start dari waktu isyak tadi sampai laa ni, jam 2.46 mlm. yang ni dekat area rumah aku laa di johor bahru. tapi tengok status-status kat FB tadi macam hujan kat seluruh negeri je (Wallahualam, andaian aku je). Hujan rahmat pada malam yang tersirat 1001 kebaikan ni, syukur Alhamdulillah Allah masih berikan aku waktu dan umur untuk meneruskan tugas sebagai khalifah dan hambaNya serta peluang untuk aku terus memperbaiki diri.


     'Dari Usamah b Zaid r.a. berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa di bulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).
     'Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas r.a. dia berkata, “Nabi s.a.w. ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi s.a.w. menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi s.a.w. ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah di bulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.
     'Dari Ibnu Majah dari Ali r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah di sana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang diberi ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.


Subhanallah,, kita sekarang berada dibulan yang betul-betul disukai oleh Allah,, bulan Syaaban. Mudah-mudahan kita semua dapat memanfaatkan sebaik mungkin bulan mulia ini terutamanya malam Nisfu Syaaban ini. insyaAllah.

Bermulanya waktu selepas Maghrib tadi, Allah telah menggantikan buku catatan amalan kita yang baru. Jom kawan-kawan, kita buat azam baru untuk penuhkan buku catatan amalan sebelah kanan kita bermula malam ini agar dapat memperoleh saham dan manfaat bila kita mati nanti.. dengan izin Allah jua..




Tuesday, June 19, 2012

Maaf dari Hati

Every time you commit one more mistake.
You feel you can't repent.
And that it's way too late.
You're so confused, wrong decisions you have made.
Haunt your mind and your heart is full of shame.
No where to turn.

At the end, the only one you can turn to is Allah s.w.t.

Mengadu pada manusia, mungkin tiada siapa yang akan benar-benar mengerti.
Mengadu padaNya adalah pilihan terbaik kerana Allah lebih mengenali kita.

Bahkan Dia sedang mengatur penyelesaian bagi setiap kesusahan kita.

Dah susah baru nak ingat Allah? (pertanyaan untuk diri sendiri)... Allahuakbar. Ampunkan kelalaian aku Yaa Allah. Ampunkan Hati aku yang lalai dengan dunia. Ampunkan Akal ku yang berfikir perkara yang sia-sia. Ampunkan diriku kerana mencariMu disaat aku susah.
Hati dan tubuhku bahkan nyawaku adalah milikMu Yaa Allah, aku berserah hanya kepadaMu...

Aku akui aku memang tak sempurna. Benar, tiada manusia yang sempurna dibumi ini. Tiada manusia yang sepatuh dan seindah malaikat. Namun, wajarkah kita menggunakan ketidaksempurnaan ini sebagai alasan untuk terus menjauhiNya? Walhal kerana ketidaksempurnaan inilah kita kena selalu berada bersamaNya...

Rasa beban dan ketegangan saat ini merupakan ujian Allah yang Maha Pengasih kerana Allah rindukan hambaNya…

Aku bersyukur diberikan ujian kerana aku lebih mengingatiMu saat melalui keperitan ujian ini…

Still could smile by knowing that Allah is always by my side…

p/s : Mohon maaf pada semuanya andai diri ini pernah melakukan perkara-perkara yang mengguris hati, mengecewekan, mahupun yang meng'annoying' kan kalian semua. semoga Allah merahmati kita semua...

Saturday, June 9, 2012

Perkahwinan Nurul & Eric Depp

Majlis pernikahan yang sweet and loving berjalan dengan lancar pada 6 jun 2012 antara kedua-dua pasangan Nurul Huda Abdul Wahab, 35, dan Eric Daniel Depp, 47. Alhamdulillah
Kenapa aku sibuk-sibuk nak update pasal mereka berdua ni??? Aku bukannya suka no nak b'gosip pasal artis ni. Tapi harap maklum ini bukan gosip tapi kenyataan. hehe. I feel like really excited you know sebabnya Eric adalah one of the Pres. Team Herbalife!!! wahh awak sangat bertuah Nurul, terus dapat jadi president team lepas ni, dan Eric juga sangat bertuah sebab berjaya di Islamkan. Alhamdulillah. Allah Maha Besar. Semoga perkahwinan awak berdua diberkati Allah selalu.

Ikuti laa kisah mereka ni yang aku copy dari Kosmo! Online. hee

Menceritakan semula kisah bertaut kasih antara Nurul dan Eric, katanya mereka diperkenalkan melalui kawan karib Nurul iaitu pelakon Zahida Rafik.

"Bukan senang untuk menjadi diri saya terutama beberapa tahun kebelakang, banyak pancaroba yang perlu saya tempuh selama menjadi seorang ibu tunggal.
"Saya pun pada mulanya tidak percaya masih ada lelaki seperti Eric wujud di dunia ini dan saya panjatkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana menemukan saya dengan beliau.

"Zahida perkenalkan saya dengan Eric yang merupakan seorang perunding kesihatan dan pengedar produk kesihatan Herbalife yang berjaya dan kata Zahida, lelaki ini (Eric) bakal membahagiakan saya suatu hari nanti. Katanya benar!" ucap Nurul.

Kriteria seorang lelaki yang berterus-terang dan memberikan refleks diri yang begitu meyakinkan membuatkan kasih dan sayang Nurul terhadap Eric menjadi teguh.

"Dia kekuatan saya dan saya boleh melihat diri saya melalui dirinya. Eric bukan seorang yang cerewet dan menerima saya seadanya," jelas Nurul.

Bagi Eric pula, pertemuan dirinya dan Nurul yang bermula dengan usikan sama ada percaya atau tidak dengan produk yang dijualnya sebaliknya mencambahkan bibit-bibit cinta antara mereka.

"Saya merupakan seorang lelaki Perancis yang tipikal dan penuh ego. Ketika diperkenalkan dengan Nurul saya tidak melihat kariernya sebagai penyanyi sebagai penghalang untuk mengenalinya.

Monday, June 4, 2012

Amalan Murah Rezeki I :]

Kisah berikut adalah pengalaman yang dikongsi dari blog Hifz Diary

well, I want to share a real experience of an old man who had practice the surah every night in his life.

Just a month ago, while visiting Madinah al-Munawwarah upon performing Hajj...

My brother went to masjid Nabawi to perform solat (prayer) as usual, on that day he pray beside an old man from India. After concluding the prayer, my brother smile at the old man and then he ask the old man where he come from? (they talk in Urdu since my bro can speak Urdu)

The old man said, he from India. He said that he really happy to see youth doing hajj.

"Is this your first time doing hajj?" my brother asked him.

" Not, this is the eighth" he replied.

" Son, I read surah al-Waqiah every night and surah al-Mulk before I go bed. Alhamdulillah, Allah bestowed me with His wealth to come here eight times. Read the both insya Allah your wealth will be enriched." he continued.

Actually so many story like that happen to the people who istiqamah in practicing surah al-Waqiah. But, I share with you what have been told by my own brother.

-end of story

so guys, ape tunggu lagi. jom kita amalkan Surah al-Waqiah dan Surah al-Mulk setiap malam sebelum tidur... apart from that, amalan wajib yang lain mesti di utamakan. solat fardhu jangan ditinggal walau sesibuk mana pon kita. bacalah al-Quran as much as we can, at least once a day (peringatan untuk diri sendiri jgk nih :)... dan kita jugak mesti YAKIN pada Allah... kita berusaha sehabis daya bekerja dan belajar, dalam masa yang sama tingkatkan amalan spiritual dalam mendalami Islam, and amalkan surah-surah al-Quran ini. insyaALLAH Dia akan bukakan pintu rezeki yang luas kepada kita semua dengan kebaikan dunia dan akhirat. aminn Yaa Rabb...
p/s : Harap maaf tak dapat nak disertakan surah al-Waqi'ah dan surah al-Mulk disini. Semoga ilmu ini bermanfaat :]

Sunday, March 25, 2012

Kebebasan Memilih :]

Q : ‘manusia bertanya, jika Tuhan wujud, mengapa terlalu banyak perang? Terlalu banyak kesengsaraan? Terlalu banyak kebencian? Terlalu banyak kesedihan?’
A : ‘kerana untuk memartabatkan manusia sebagai makhluk terbaik ciptaanNya, Dia mengurniakan manusia SATU HADIAH yang sangat besar!’
Q : Apakah hadiah itu???
A : ~Kebebasan memilih… *freedom of choice
Maka apabila kamu mengetahui nilai dan berharganya hadiah ini, kamu tidak akan bertanya soalan-soalan begitu lagi…

Allah mencipta satu makhluk daripada tanah liat dan diperintahkanNya kepada seluruh makhluk agar bersujud kepada makhluk tanah liat ini yang bergelar manusia. Malaikat taat dan sujud kepada manusia, namun Iblis yang diciptakan dari api merasa angkuh dan ingkar untuk bersujud.

lalu Allah berfirman : “Keluarlah engkau dari syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka (manusia) yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya.” (surah Al-A’raf 7:11-8)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya kita manusia adalah sebaik-baik kejadian. Diciptakan Allah dengan dua kurniaan terbesar dalam diri kita yakni qalbu (hati) dan akal fikiran.

Takdir… benar. Allah yang tentukan takdir kita. Tapi bagi saya, kita ada pilihan untuk BERUSAHA mencipta TAKDIR YANG BAIK. Kenapa? Bagaimana? Itulah gunanya hati dan akal kita. Dan terimalah hadiah Allah yakni kebebasan memilih dengan sebaiknya. Kita sendiri yang dapat menentukan takdir kita, dengan memilih jalan yang kita yakin adalah terbaik. Plus, taufik dan hidayahNya jua lah yang dapat menggerakkan kita kepada apa yang kita kejarkan. Allahualam

Hayatilah video ini dengan hati yang terbuka… InsyaALLAH kita kan temui jalanNya… dengan pilihan hati dan akal kita…

video

 
p/s : lessons from the video ;
Ø  Pilihan kita tanggungjawab kita
Ø  Anak adalah asset ke SYURGA ALLAH, anugerah paling berharga wahai para ibu dan bapa
Ø   Islam adalah cara hidup (always make exploration of ISLAM)
Ø Nikmat ALLAH SANGAT INDAH
                                               

Wednesday, March 14, 2012

Ujian tanda kasihnya Allah :]



Bismillahirrahmanirrahim.
Entry kali ni khas utk orang-orang yang sering mengadu ditimpa masalah malah sering lelah dan berputus asa *give up. termasuklah diri saya sendiri...
Surah Al-baqarah:286
“Allah tidak membebani seseorang melebihi dari kemampuannya…”

Renungkan dan fikirlah apa mesej dan pengajaran dari ayat-ayat Allah ini. Al-Quran merupakan kata-kata Allah dan janji-janji Allah. Kewajipan kita sebagai manusia adalah MEYAKINI JANJI ALLAH…
Kenapa Allah berikan ujian dan dugaan pada kita? Adakah kerana Allah tak sayang kita? Adakah kerana Allah tak endahkan kita? Adakah kerana Allah benci kita? Subhanallah. Tentu sekali kerana Allah sangat-sangat menyayangi kita…  Allah bagi ujian sebab Dia sayangkan kita, sebab Dia ingat pada kita, sebab Dia nak kita jadi lebih KUAT. Dia yakin kita boleh hadapi segala ujian itu dan ingin melihat selama mana kita mampu dan sanggup menghadapinya.
Persoalannya, adakah ujian-ujian itu membuatkan kita lebih dekat padaNya? Saya yakin, kebanyakan manusia akan lebih dekat dengan Allah selepas diberi ujian dan dugaan. Sama juga macam saya, bila susah dan diuji, baru nak ingat Allah. Tapi itulah kelemahan kita, sebab itulah Allah berikan ujian, supaya kita ingat dan lebih dekat padaNya. mudah-mudahan kita akan selalu ingat padaNya tidak kira susah dan senang. Kerana Dia sangat merindui kita…
Tapi kalau kita tak dapat menerima ujian Allah dan menyalahkan takdir serta give up tanpa usaha, maka berseronoklah syaitan dengan hasutan-hasutannya untuk lebih menjauhkan kita dari Allah. Nauzubillah
segeralah kembali padaNya dan bertaubat kerana Allah Maha Pengampun…

Jadi, apa peranan kita? Antara yang pentingnya adalah usaha, redha, dan berdoa.
1. Usaha- kita perlu berusaha mendidik hati dan jiwa untuk bersabar. Allah sangat sayang pada orang yang sabar. Dan sabar akan menjadikan kita manusia yang kuat dan tabah. insyaAllah

Surah An-Nahl:127
“dan bersabarlah, dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan memohon pertolongan Allah.”

2. Redha- bila kita meredhakan suatu ujian itu insyaAllah kita akan lebih dekat denganNya. Telan dan lalui kepahitannya, dan ambillah pengajaran yang kita dapat.

Surah Al-Baqarah:216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
3. Berdoa : doa berpengaruh besar dalam diri setiap Muslim. Di saat kita sudah habis upaya dan usaha dan tiada sesiapa lagi yang mampu memberi bantuan yang diperlukan, jangan lupa senjata utama kita iaitu berdoa. Antara adab berdoa adalah :
-suci dari hadas kecil dan hadas besar.
-menghadap ke arah kiblat dan dimulai dengan surah Al-Fatihah, pujian kepada Allah serta selawat ke atas Nabi  
 Muhammad s.a.w.
-berdoa dengan ikhlas, suara yang tidak keterlaluan(perlahan), merendah diri, mengakui khilaf dan dosa-dosa yang
 lalu, dan YAKIN ALLAH akan memakbulkan doa sama ada cepat atau lambat.
-berdoa terus menerus tanpa mengira susah mahupun ketika senang, dan TANPA PUTUS ASA.
-tidak melampaui batas (iaitu berdoa untuk sesuatu kebinasaan dan keburukan).

Hadis riwayat Tarmizi menyebut bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“tidak ada yang dapat mengubah takdir selain berdoa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan.”


 


P/s ; kita sendiri yang akan menentukan sejauh mana kemampuan kita, asalkan tidak lupa padaNya insyaAllah akhirnya hasil dan hikmah sesuatu ujian dapat kita nikmati. mudah-mudahan ilmu ini bermanfaat untuk kita semua. Allahualam

Thursday, March 1, 2012

Dip. ANALISIS PELABURAN :]

Hari ni, aku nak b’kongsi sedikit sebanyak info tentang kos Diploma in Investment Analysis. I’m one of the dip. in investment students at uitm Segamat and I’m proud to be one of them. Firstly, pada pandangan aku kos ni sangat sangatlah sesuai n tepat untuk sesiapa yang minat MENGIRA *calculating. This course is one of the superb choices for students who love Mathematic, Management and especially Finance. Dip in investment analysis is quiet limited because not all UiTM branches provide this course, which is only offered at UiTM Segamat, UiTm Dungun, and UiTM Arau (I’m not sure about the other uni or colleges).
The subjects involve in this course is much vary and INTERESTING J


Semester

Subjects
1
Prinsip Asas Islam
Consolidating Language Skills
Introduction to Financial Accounting & Reporting
Business Mathematics
Fundamentals of Management
2
Pemikiran dan Tamadun Islam
Preparatory Course for Muet
Introduction to Statistics
Microeconomics
Third Language 1
3
Asas Ekonomi Islam
English for Academic Purposes
Third Language 2
Macroeconomics
Fundamentals of Finance
Information Technology in Business
4
Business Law
Business Communication
Malaysian Economics
Fundamentals of Marketing
Operation Management
Investment Management
5
Fundamentals of Entrepreneurship
Valuation and Analysis of Equities
Operations and Regulations of Investment Banks
Financial Analysis
Introduction to Technical Analysis
6
Human Resource Management
Analysis and Valuation of Fixed Income Securities
Project Paper- Company Analysis
Portfolio Management
Introduction to Futures and Options


Dip in Investment Analysis is under the Business Management faculty. Therefore, there are variety courses of DEGREE that you could consider for continuous your study.
Some of them are :-       Degree in Finance
                                       Degree in Islamic Banking
                                       Degree in International Business
                                       Degree in Human Resources
   And many moreee J






Wednesday, January 18, 2012

A Crazy Little Thing Called LOVE :]


the entry's title is a title of a Thai movie actually. i love the story so much. here a little sypnosis of the story:-

A romantic comedy act by Fern Pimchanok Leuvisedpaibul (Nam) and Mario Maurer (Shone). Nam is a high school girl who is secretly in love with her senior, Shone.
Nam is not a pretty and interesting girl, but then with the help of her friends, she try everything to improve herself to get Shone’s attention. She start to fairer her dark skin and start to study diligently. The best part is when Nam and her friends use a “9 methods Get your senior to be your  boyfriend” book as their way to get Shone for Nam. It’s totally cute and adorable.
Year after year of their high school, Nam has becoming a beautiful girl. But then come another charming boy at school, Top, Shone’s best friend. Top has expressed his love towards Nam, but Nam rejected him because of her love to Shone. But, Shone and Top already have agreement that they won’t love same girl. This promise makes Nam’s love to Shone seems not possible.
In the end of school year, Nam will go to continue study in America and Shone will take a football career. Before they separated for a long time, Nam expressed her feeling to Shone with all of her courage and spirit as her 10th method which came from herself. But sadly Shone has been dating someone. After that meeting, it turns out that Shone also has a feeling for Nam for all those years but he kept it secret.
Nine years later, they meet again. Both of them becoming successful person. And finally it’s a happy ending :)


the story is simple yet so meaningful and adorable. how wonderful when the one that we love so much and we also willing to do such little crazy thing to impress him/her, turns out that the person also have the same feeling towards us. auchh. that is called 'gift from God'. Subhanallah :)

Saturday, January 14, 2012

Si Tembam semakin membesar :)

Amanda sekarang dah 3 bulan 5 hari. Berat pun dah naik 6.5 kg.  Cik ain rindu manda sangat sangat. Harapan dan doa dipanjatkan pada Tuhan, semoga manda akan membesar dengan sihat n dapat jadi anak yang baik, cucu yang baik, dan budak yang baik n akan selalu disayangi oleh semua orang sampai besar nanti. insyaAllah :)