Sunday, July 22, 2012

Perempuan Neraka

Bismillah..
Perempuan neraka *tersentap setiap kali dengar ayat tuu. Actually ini adalah tajuk cerekarama kat tv3 tadi. memang penuh pengajaran citer tuu, insaf kejap bila tengok (aik, kejap je??). okay entry ni bukan nak sinopsiskan citer tadi tu, kalau nak tau pergi laa cari sendiri k nanti.

"Perempuan paling ramai masuk neraka"
eventhough the sentence seems like bias to woman. it's a fact, yang diluahkan oleh Baginda Rasulullah SAW sendiri. so kita tak boleh nak menyangkal lagi. dan aku sebagai seorang perempuan perlu berusaha keras supaya tak membiarkan diri menjadi kayu pembakar api neraka. Nauzubillah... takut dan gentar hanya Allah Maha Mengetahui :(

Ya Allah. Lindungilah aku, ibu ku, kakak-kakak ku, adik ku, saudara-saudara ku, sahabat-sahabat ku dari tergolong sebagai perempuan neraka. nauzubillahminzalik...

Apa yang membuatkan Rasulullah SAW menangis selepas melalui Malam Israk dan Mikraj?

Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

MasyaAllah... banyak sungguh kesalahan yang perempuan sering lakukan. Oleh itu, Rasulullah SAW menasihati perempuan agar rajinkan beristighfar dan bersedekah.

Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”

p/s ; Perempuan yang sudah berkahwin dengan senangnya dapat masuk Syurga andai taat kepada Allah, Rasul, dan suaminya. insyaAllah.
namun perempuan yang bergelar isteri juga dengan mudahnya dihumban keneraka andai tidak mentaati suami, kemurkaan suami membawa kepada kemurkaan Allah..
Wallahualam. so ladies, ayuh kita memilih dengan bijak isteri yang bagaimana kita nak jadi nanti??? *wondering siapakah bakal imam ku.. hikhik