Thursday, July 5, 2012

Malam Nisfu Syaaban

Bismillah.
Pada malam yang mulia disisi Allah,, hujan turun dengan sayup-sayup start dari waktu isyak tadi sampai laa ni, jam 2.46 mlm. yang ni dekat area rumah aku laa di johor bahru. tapi tengok status-status kat FB tadi macam hujan kat seluruh negeri je (Wallahualam, andaian aku je). Hujan rahmat pada malam yang tersirat 1001 kebaikan ni, syukur Alhamdulillah Allah masih berikan aku waktu dan umur untuk meneruskan tugas sebagai khalifah dan hambaNya serta peluang untuk aku terus memperbaiki diri.


     'Dari Usamah b Zaid r.a. berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa di bulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).
     'Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas r.a. dia berkata, “Nabi s.a.w. ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi s.a.w. menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi s.a.w. ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah di bulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.
     'Dari Ibnu Majah dari Ali r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah di sana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang diberi ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.


Subhanallah,, kita sekarang berada dibulan yang betul-betul disukai oleh Allah,, bulan Syaaban. Mudah-mudahan kita semua dapat memanfaatkan sebaik mungkin bulan mulia ini terutamanya malam Nisfu Syaaban ini. insyaAllah.

Bermulanya waktu selepas Maghrib tadi, Allah telah menggantikan buku catatan amalan kita yang baru. Jom kawan-kawan, kita buat azam baru untuk penuhkan buku catatan amalan sebelah kanan kita bermula malam ini agar dapat memperoleh saham dan manfaat bila kita mati nanti.. dengan izin Allah jua..