Kenapa aku sibuk-sibuk nak update pasal mereka berdua ni??? Aku bukannya suka no nak b'gosip pasal artis ni. Tapi harap maklum ini bukan gosip tapi kenyataan. hehe. I feel like really excited you know sebabnya Eric adalah one of the Pres. Team Herbalife!!! wahh awak sangat bertuah Nurul, terus dapat jadi president team lepas ni, dan Eric juga sangat bertuah sebab berjaya di Islamkan. Alhamdulillah. Allah Maha Besar. Semoga perkahwinan awak berdua diberkati Allah selalu.
Ikuti laa kisah mereka ni yang aku copy dari Kosmo! Online. hee
Menceritakan semula kisah bertaut kasih antara Nurul dan Eric, katanya mereka diperkenalkan melalui kawan karib Nurul iaitu pelakon Zahida Rafik.
"Bukan senang untuk menjadi diri saya terutama beberapa tahun kebelakang, banyak pancaroba yang perlu saya tempuh selama menjadi seorang ibu tunggal.
"Saya pun pada mulanya tidak percaya masih ada lelaki seperti Eric wujud di dunia ini dan saya panjatkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana menemukan saya dengan beliau.
"Zahida perkenalkan saya dengan Eric yang merupakan seorang perunding kesihatan dan pengedar produk kesihatan Herbalife yang berjaya dan kata Zahida, lelaki ini (Eric) bakal membahagiakan saya suatu hari nanti. Katanya benar!" ucap Nurul.
Kriteria seorang lelaki yang berterus-terang dan memberikan refleks diri yang begitu meyakinkan membuatkan kasih dan sayang Nurul terhadap Eric menjadi teguh."Dia kekuatan saya dan saya boleh melihat diri saya melalui dirinya. Eric bukan seorang yang cerewet dan menerima saya seadanya," jelas Nurul.
Bagi Eric pula, pertemuan dirinya dan Nurul yang bermula dengan usikan sama ada percaya atau tidak dengan produk yang dijualnya sebaliknya mencambahkan bibit-bibit cinta antara mereka.
"Saya merupakan seorang lelaki Perancis yang tipikal dan penuh ego. Ketika diperkenalkan dengan Nurul saya tidak melihat kariernya sebagai penyanyi sebagai penghalang untuk mengenalinya.