Every time you commit one more mistake.
You feel you can't repent.
And that it's way too late.
You're so confused, wrong decisions you have made.
Haunt your mind and your heart is full of shame.
No where to turn.
At the end, the only one you can turn to is Allah s.w.t.
Mengadu pada manusia, mungkin tiada siapa yang akan benar-benar mengerti.
Mengadu padaNya adalah pilihan terbaik kerana Allah lebih mengenali kita.
Bahkan Dia sedang mengatur penyelesaian bagi setiap kesusahan kita.
Dah susah baru nak ingat Allah? (pertanyaan untuk diri sendiri)... Allahuakbar. Ampunkan kelalaian aku Yaa Allah. Ampunkan Hati aku yang lalai dengan dunia. Ampunkan Akal ku yang berfikir perkara yang sia-sia. Ampunkan diriku kerana mencariMu disaat aku susah.
Hati dan tubuhku bahkan nyawaku adalah milikMu Yaa Allah, aku berserah hanya kepadaMu...
Aku akui aku memang tak sempurna. Benar, tiada manusia yang sempurna dibumi ini. Tiada manusia yang sepatuh dan seindah malaikat. Namun, wajarkah kita menggunakan ketidaksempurnaan ini sebagai alasan untuk terus menjauhiNya? Walhal kerana ketidaksempurnaan inilah kita kena selalu berada bersamaNya...
Rasa beban dan ketegangan saat ini merupakan ujian Allah yang Maha Pengasih kerana Allah rindukan hambaNya…
Aku bersyukur diberikan ujian kerana aku lebih mengingatiMu saat melalui keperitan ujian ini…
Still could smile by knowing that Allah is always by my side…