Thursday, November 24, 2011

Patah Seribu #,#

Walau kau tiada di sini ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
Patah seribu hatiku bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu namun hatiku tetap berasa kejamnya
Kau meninggalkanku dengan nota-nota cinta buat kita berdua
Bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Sayang ku mohon padamu segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Sunday, November 13, 2011

Only Him :]

Okay, firstly I’m a lil bit down coz result sem ni jatuhh. Dush dush! Bagai nangka busuk jatuh dari pokoknya. Haih. Secara jujur dan ikhlasnya ini semua kerana CINTA dan BUTA HATI.
Yes! I admit it.

Allah sgt menguji aku sepanjang sem ni. Dr awal sem sampai la habis sem, aku diuji dengan kisah cinta yang tak habis-habis!
Dia. Seorang lelaki. Yang dulunya aku kenalkan sebagai buah hati pengarang jantung hati jiwa and so on laa. Kesana kesini bersama. Lagi-lagi belajar tempat yang sama. Even kat kolej kami terpisah, yelah tak kan nak sama pulok tempat tinggal melampau betol haih, tapi bagi aku dalam hati ni dia sentiasa ada. Buat apa-apa kat mana-mana pon otak mesti teringatkan dia. Mak ajak keluar, buat-buat laa alasan ada hal penting nak kena buat kat luar, semata-mata nak menghabiskan masa dengan Si Dia. Ish kawan-kawan apatah lagi, tak ada masa langsung nak jumpa or lepak dengan mereka melainkan hanya di kelas. Semuanya gara-gara nak berjumpa si buah hati pengarang jantung hati jiwa tu.

Nak tak nak bila dah sibuk becintan cintun sakan ni, mulalah lupa nak belajar lebih sikit lalai memanjang. Ish ishh ishhh

Tapi tapi tapii. Bak kata pepatah ‘harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari’. Itulah realiti nya hidup ni kan. Bahagia yang kita cari, pasti ada duka dan kekecewaan yang mesti kita harungi terlebih dahulu.

Selepas bermacam-macam bahagia yang aku rasakan bersama Si Dia, diikuti dengan berbagai-bagai hiba dan kesedihan yang aku dapat jua dari Si Dia. Akhirnya kini, aku kenalkan dia. Seorang lelaki yang pernah menjadi dan bekas buah hati pengarang jantung hati jiwa dan kisah silam yang Tuhan anugerahkan. Syukur
Okay stop dengan kisah Si Dia.

Selepas aku berfikir panjang dengan akal yang sihat dan waras yang Tuhan kurniakan ni tanpa dihalangi oleh nafsu-nafsu jahat yang dihantui rasa cinta buta lagi giler ni. Akhirnya aku benar-benar paham…
Kenapa Allah tak makbulkan doa aku untuk satukan kami?
Kenapa Allah selalu biarkan aku sedih mengenang nasib?
Kenapa Allah tak sayang aku macam orang lain?
Kenapa Allah tak boleh biarkan aku bahagia sampai mati?
Kenapa Allah tak berikan aku kenikmatan hidup macam orang lain dapat?
n banyak lagi…

Akhirnya jawapan yang aku temui, adalah satu berita baik yang tak terhitung betapa syukur nya hati ini rasa selepas mengetahuinya.
Yaa Allah, tidak pernah penat mulut dan hati ini memohon keampunan dariMu Yaa Allah. Atas segala kebodohan dan kekhilafan aku selama ini. Sekarang aku faham Yaa Allah begitu banyak dugaan yang kau berikan padaku supaya aku sedar dan membuka mata hati ini untuk bertaubat dan kembali padaMu. Sekarang aku faham Yaa Allah kau kurniakan aku sahabat-sahabat dan orang-orang sekeliling dari kalangan yang baik-baik tapi tak pernah aku nampak dan hargai semuanya. Sekarang aku faham Yaa Allah kau jauhkan aku dari cinta yang semata-mata  memenuhi nafsu duniawi ini supaya aku tidak lagi terpesong dan membutakan hati dengan CINTA yang ternyata sia-sia. Sekarang aku faham Yaa Allah kau menarik aku daripada segala perkara yang membuatkan aku lupa padaMu supaya aku segera mendekatkan diriku kepada Sang Penciptaku yang Satu yang benar-benar berhak atas diri ini dan berusaha mencintaiMu lebih dari apepunn.

Berbalik pada result latest yang jatuhh ni, aku masih bersyukur. Selagi Allah ada, aku yakin segalanya tak mustahil. Kita bangkit dari kejatuhan dan kekalahan kann. Ape yang penting, next sem aku harus, sunat, dan wajib keep it up usaha and make sure tak lalai lagi dengan cinta selain Allah dan RasulNya. Yelah, lagipun aku sedar aku kena persiapkan diri dengan ilmu yang lengkap supaya satu hari nanti aku berjaya bertemu dengan cinta yang halal yang sudah ditetapkan Allah dalam keadaan diriku yang benar-benar bersedia. Apepunn, Kisah Silam ini juga sangat bermakna buat hambaMu ini Yaa Allah. Menjadikan aku sebagai hambaMu yang lebih bersyukur…
~Satu pintaku Yaa Rabbi janganlah kau sesatkan aku setelah kau berikan petunjuk pada diri ini~



p/s : Kita dikurniakan dengan naluri. Naluri ingin berpasangan. Jadi sempurnakannya dengan cara yang betul. Kita dikurniakan dengan nafsu. Jadi haruslah belajar cara untuk mengawalnya. Jangan biarkan ia mengawal kita. Ingat! tiada cinta yang lebih agung dari cinta Allah kepada hamba-hambanya...  Cinta yang tak dapat ditandingi mana-mana lelaki di dunia ini. Cinta Ilahi. insyaAllah kita semua akan menemuinya jika kita berusaha untuk mendapatkannya