Monday, September 12, 2011

Andainya Mereka Tahu Nilai Seorang Wanita...

Sesungguhnya wanita diciptakan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dijadikan daripada kepala ke kaki, bukan juga daripada tapak kaki. Dia dijadikan daripada sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki). Lengan lelaki dicipta bagi melindungi seorang wanita, lengan yang dekat dengan hatinya agar dapat melahirkan rasa kasih pada wanita tersebut.

Dia ada untuk menutupi segala kekuranganmu. Dia melengkapi jiwamu dengan perasaan kelemahlembutan, keindahan, dan kecantikan yang ada pada dirinya. Sehingga tanpa kau sedari kau menghabiskan sisa hidup ini dengan lebih kuat dan sempurna, kerana kehadirannya di sisi hidupmu.

Jika ada makhluk yang setia bersama disebelahmu ketika yang lainnya pergi meninggalkanmu, dialah seorang wanita. Jika ada makhluk yang menakluki dirimu dengan sebuah senyuman, dialah seorang wanita.
Jika Tuhan menyatukan dirimu dengan seorang wanita, yang mana berbeza sifatmu maka itu akan membuatkan kehidupan yang saling melengkapi.

Didiklah wanita yang kamu gelar isteri itu agar sepanjang kehidupan kamu di dunia ini kamu berkongsi pahala dari-Nya, dan bukan berkongsi dosa semata untuk dibawa ke akhirat nanti.

Yakinlah, seorang wanita apabila dia memilih seorang lelaki untuk dijadikan pemimpin untuk keluarganya kelak maka tiada lagi lelaki lain yang dapat menggantikan suami mereka itu. Semasa kamu senang, dia juga akan bergembira bersamamu. Semasa kamu susah, dia akan menolongmu dan tidak akan meninggalkanmu. Perasaan kasih dan sayang pada suami ini bukan sahaja di dunia malah sehingga di akhirat nanti.

Apabila dia melihat kepayahan suaminya melalui Titian Sirat, dia berhenti dan tidak mahu masuk ke syurga tanpa suaminya itu. Maka dia berikan sedikit pahalanya agar cukup buat suaminya melintasi Titian itu menuju ke syurga Allah. Besarnya kasih dia pada seorang suami.


Pada hari penciptaan WANITA..
Malaikat bertanya kepada Tuhan "apakah keistmewaan dari ciptaanMU ini?"
Lalu Tuhan menjawab "ada banyak keistimewaan yg dimiliki oleh ciptaanKU ini"
Di sebalik kelembutannya dia memiliki kekuatan yg begitu dahsyat..
Tutur katanya merupakan kebenaran..
Senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya..
Pelukan dan ciumannya memberi kehangatan bagi anak-anaknya..
Dia tersenyum bila melihat temannya tertawa..
Dia terharu bila melihat anaknya menjadi Juara..
Dia menangis bila melihat kesengsaraan..
Dia mampu tersenyum disaat hatinya kecewa..
Dia sgt gembira melihat kelahiran..
Dia begitu sedih melihat kematian..
Titisan air matanya membawa kedamaian.
Namun dia sering terlupa satu perkara"...

Apa itu Yaa Tuhan??

Bahawa "BETAPA BERHARGANYA DIA"...



p/s ; girls are to be value :)

No comments: