Saturday, July 28, 2012

Mencari Lailatul Qadar


Berikut adalah beberapa pandangan mengenai bilakah peristiwa besar ini berlaku

1. Lailatul qadar itu jatuh pada malam 17 Ramadhan : Sebagian ulama mengatakan bahwa lailatul qadar itu terjadi pada tanggal 17 Ramadhan, yaitu malam diturunkannya al-Qur’an. Hal ini disampaikan oleh Zaid bin Arqam dan Abdullah bin Zubair ra. di dalam hadits riwayat Ibnu Abi Syaibah, Baihaqi dan Bukhari.

2. Lailatul qadar itu jatuh pada 10 malam terakhir : Sebagian ulama lain mengatakan bahwa lailatul-qadar itu jatuh pada malam-malam ganjil, tepatnya di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Pendapat mereka didasarkan hadits berikut ini:Dari Aisyah ra. bahwa Rasululah SAW bersabda,”Carilah lailatul qadar pada malam-malam ganjil di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari, Muslim dan Baihaqi)

3. Lailatul qadar terjadi pada malam tanggal 21 Ramadhan : Sebagian ulama lainnya lagi mengatakan bahwa lailatul qadar jatuh pada tanggal 21 Ramadhan. Pendapat ini berdasarkan hadits riwayat Abi Said al Khudri yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim.

4. Lailatul qadar jatuh pada malam tanggal 23 bulan Ramadhan : Para ulama lainnya mengatakan bahwa lailatul qadar itu jatuh pada malam tanggal 23 Ramadhan. Mereka mendasarkan pendapatnya berdasarkan hadits riwayat Abdullah bin Unais al Juhany, seperti dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim.

5. Lailatul qadar jatuh pada malam tanggal 27 bulan Ramadhan : Ini berdasarkan hadits riwayat Ibnu Umar, seperti dikutip oleh Ahmad. Dan seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, bahwa Umar bin al Khaththab, Hudzaifah serta sekumpulan besar shahabat, yakin bahwa lailatul qadar terjadi pada malam 27 bulan Ramadhan. Rasulullah SAW seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, juga pernah menyampaikan kepada shahabat yang telah tua dan lemah tak mampu qiyam berlama-lama dan meminta nasehat kepada beliau kapan ia bisa mendapatkan lailatul qadar, Rasulullah SAW kemudian menasehati agar ia mencarinya pada malam ke 27 bulan Ramadhan (HR Thabrani dan Baihaqi).

6. Lailatul qadar berpindah-pindah di 10 malam terakhir : Riwayat dari Ibnu Umar dan Abi Bakrah yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim mengatakan bahwa terjadinya lailatul qadar mungkin berpindah-pindah pada malam-malam ganjil sepanjang sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.



~ Sekiranya kita tak pernah sempat bertemu dengan malam Lailatul Qadar sebelum ini, mudah-mudahan Allah pertemukannya pada tahun ini sebagai pertemuan pertama kita. Aminnn. Terdapat satu analogi yang boleh kita fahamkan;- andai kata kita ada 30biji telur. Daripada 30biji telur itu terdapat satu telur yang mengandungi emas. Untuk dapatkan emas itu, kita kena pecahkan satu persatu sehingga habis. Begitulah juga dengan malam Lailatul Qadar. Di 10 malam terakhir ini, kita kena tidur awal selepas tarawih agar kita dapat bangkit jam 1.00 atau jam 2.00 am. setiap hari. dan beribadah kepadaNya. Dengan cara ini sekiranya diizinkan Allah, kita akan dapat. InsyaAllah.
Apa yang penting keikhlasan hati...
Jom lah kita start berdoa dari sekarang supaya Allah pilih kita untuk menyertai memanfaatkan malam Lailatul Qadar bersama para soleh/solehah, Muslimin Muslimat semua...

Selamat Mencari Lailatul Qadar sahabat-sahabat semua :)

Tuesday, July 24, 2012

Resipi I

Semalam dapat belajar dari my mom to prepare a dish of KUIH BUAH MELAKA.
Bila dah buat baru laa rasa wow it's so simple and easy, selama ni belii je tau kann.
so, kalau ada masa tuu boleh laa korang cuba resipi mak sy ni :)
Bahan-Bahan :
Air secukupnya
500 gram tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
3 titis pewarna hijau
2 helai daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil berbentuk dadu)
Kelapa parut (campurkan sedikit garam)
Cara-cara :
1.   Sediakan adunan (pastikan adunan tak lembik sangat, biar kental supaya senang dibentuk)
Ø  Gaul tepung pulut dan tepung beras dengan air secukupnya.
Ø  Masukkan pewarna hijau.
Ø  Tumbuk/kisar daun pandan dan ambil airnya, campur dalam adunan.
2.   Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
3.   Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
4.   Letakkan gula melaka ditengah-tengah dan gentel semula menjadi bulat.
5.   Masukkan kuih ke dalam periuk yang dididihkan tadi, dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul.
6.   Sejat dan biarkan seketika selama 5minit.
7.   Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.

      and... tadaaa, a dish of Kuih Buah Melaka siap untuk dimakan.




kalau ikut betul-betul resipi ni, lebih kurang 10 orang dapat makan. boleh bagi jiran-jiran lagii.
insyaAllah. Selamat mencuba :]

Sunday, July 22, 2012

Perempuan Neraka

Bismillah..
Perempuan neraka *tersentap setiap kali dengar ayat tuu. Actually ini adalah tajuk cerekarama kat tv3 tadi. memang penuh pengajaran citer tuu, insaf kejap bila tengok (aik, kejap je??). okay entry ni bukan nak sinopsiskan citer tadi tu, kalau nak tau pergi laa cari sendiri k nanti.

"Perempuan paling ramai masuk neraka"
eventhough the sentence seems like bias to woman. it's a fact, yang diluahkan oleh Baginda Rasulullah SAW sendiri. so kita tak boleh nak menyangkal lagi. dan aku sebagai seorang perempuan perlu berusaha keras supaya tak membiarkan diri menjadi kayu pembakar api neraka. Nauzubillah... takut dan gentar hanya Allah Maha Mengetahui :(

Ya Allah. Lindungilah aku, ibu ku, kakak-kakak ku, adik ku, saudara-saudara ku, sahabat-sahabat ku dari tergolong sebagai perempuan neraka. nauzubillahminzalik...

Apa yang membuatkan Rasulullah SAW menangis selepas melalui Malam Israk dan Mikraj?

Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

MasyaAllah... banyak sungguh kesalahan yang perempuan sering lakukan. Oleh itu, Rasulullah SAW menasihati perempuan agar rajinkan beristighfar dan bersedekah.

Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”

p/s ; Perempuan yang sudah berkahwin dengan senangnya dapat masuk Syurga andai taat kepada Allah, Rasul, dan suaminya. insyaAllah.
namun perempuan yang bergelar isteri juga dengan mudahnya dihumban keneraka andai tidak mentaati suami, kemurkaan suami membawa kepada kemurkaan Allah..
Wallahualam. so ladies, ayuh kita memilih dengan bijak isteri yang bagaimana kita nak jadi nanti??? *wondering siapakah bakal imam ku.. hikhik



Saturday, July 7, 2012

Kahwinkan aku! Kahwinkan aku!

Bismillah..

Eh rilex laa, mesti terkezzut dengan title entry aku ni kann. hihi

Ikuti laa kisah penuh iktibar dibawah ni. *sumber dari http://greenboc.blogspot.com/

     Seorang solehin dahulunya jika ditawarkan supaya berkahwin pasti menolak, tiba-tiba pada suatu hari dia bangun dari tidur dan berkata; "Kahwinkanlah aku, kahwinkanlah aku."

 
     Orang ramai pun bertanya; "Mengapa tiba-tiba kamu minta kahwin padahal selama ini engkau sentiasa menolak?"


Jawabnya; "Semoga aku mendapat anak, lalu mati ketika masih kecil sehingga menjadi perintis bagiku ke Akhirat."

"Apa maksud kata-kata kamu ini?" tanya orang lagi.

"Aku telah bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan aku berdiri bersama orang ramai di Mahsyar, dengan rasa yang amat haus sehingga hampir mematahkan leherku.

     Tiba-tiba aku nampak anak-anak kecil membawa gelas-gelas perak yang ditutupi sapu tangan dari cahaya. Anak-anak itu mencelah-celah di kalangan orang ramai untuk memberi minum satu-satu.

     Aku pun menghulurkan tanganku pada mereka dan berkata; berikan padaku kerana aku juga sangat haus. Tiba-tiba anak-anak kecil itu melihat padaku dan berkata; anda tidak mempunyai anak di kalangan kami dan kami ini hanya memberi minum kepada ibu dan ayah kami. Aku pun bertanya; siapakah kamu? Jawab mereka; kami anak-anak kecil yang mati dari kaum Muslimin.

Moralnya:
Nasihat GB kepada anak dara atau janda, pemuda atau duda, segeralah bernikah demi mengelakkan diri dari tercebur ke lembah dosa dan noda.

Kalau boleh dapat secara halal, kenapa nak pilih secara haram?
Kelau benar kata cinta, beritahu dia, kenapa kita tak nikah saja?
Kerana entah esok lusa salah seorang dari kita, atau kedua-dua, mungkin tiada.
Dalam akhbar sentiasa ada berita, Tuhan ambil nyawa, tak kira masa dan ketika, ada kemalangan yang lansung tak terduga. Sebagai peringatan buat semua.

Gelombang dan gelora untuk melakukan zina pula semakin hari semakin menggila - menunggu mangsa bila-bila masa, walaupun seorang merasa iman dan Islamnya dah cukup kuat pun, tamsilnya di hari hujan yang lebat, payung besar mana pun, tempiasnya tetap terkena jua.

Firman Allah:

Maksudnya: “dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dalam kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dalam kalangan hamba-hamba kamu baik lelaki mahu perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya;” (Surah Al-Nur : 32-33)

Dengan perkahwinan hubungan manusia yang terlarang menjadi halal, dan dengan perkahwinan bercambah biak lagi umat manusia di muka bumi ini. Dengan perkahwinan juga mereka yang miskin boleh menjadi kaya dan dimurahkan rezeki. Dan pada masa yang sama, umat Islam akan berada dalam keadaan aman daripada gangguan mereka yang jahat.

Selain itu, Rasulullah sendiri berkahwin dan beranak pinak. Atas dasar itu, perkahwinan sudah dikira sebagai sunah rasulullah. Banyak hadis yang menjelaskan hal ini yang antaranya ialah:
مَنْ أَحَبَّ فِطْرَتِي فَلْيَسْتَسِنَّ بِسُنَّتِي وَمِنْ سُنَّتِي الْنِكَاحُ
Maksudnya: Sesiapa yang sukakan fitrahku maka contohilah sunahku, dan sebahagian daripada sunahku ialah bernikah
.

Dalam hadis yang lain rasulullah bersabda:
اَلنِّكَاحُ سُنَّتِي فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيسَ مِنِّي
Maksudnya: Nikah adalah sunahku, maka sesiapa yang membenci sunahku maka dia bukanlah dalam golongan umatku.


Kita dianjur supaya sentiasa berpesan-memesan sesama kita:
Demi masa
seseungguhnya manusia itu dalam kerugian
kecuali mereka yang beriman dan beramal saleh
pesan-memesan dengan kebenaran
pesan memesan dengan kesabaran
- Al-Asr


~end


Akhir kata dari aku...
Andai sudah bertemu dengan jodoh yang baik, berusahalah agar cepat-cepat bernikah dan mohonlah pada Allah agar dipermudahkan untuk disatukan.
Namun andai belum ada yang berkenan dihati dan belum bertemu sang arjuna tuu, ada tiga nasihat aku yang aku sendiri sedang berusaha terus mempraktikkannya insyaAllah.. 
1. bersabarlah dalam penantian.
2. berusaha memperbaiki diri.
3. bertahajjud dengan doa yang ikhlas.

insyaAllah, sama-sama laa kita manfaatkan apa yang baik untuk hidup kita :)

Thursday, July 5, 2012

Malam Nisfu Syaaban

Bismillah.
Pada malam yang mulia disisi Allah,, hujan turun dengan sayup-sayup start dari waktu isyak tadi sampai laa ni, jam 2.46 mlm. yang ni dekat area rumah aku laa di johor bahru. tapi tengok status-status kat FB tadi macam hujan kat seluruh negeri je (Wallahualam, andaian aku je). Hujan rahmat pada malam yang tersirat 1001 kebaikan ni, syukur Alhamdulillah Allah masih berikan aku waktu dan umur untuk meneruskan tugas sebagai khalifah dan hambaNya serta peluang untuk aku terus memperbaiki diri.


     'Dari Usamah b Zaid r.a. berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa di bulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).
     'Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas r.a. dia berkata, “Nabi s.a.w. ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi s.a.w. menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi s.a.w. ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah di bulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.
     'Dari Ibnu Majah dari Ali r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah di sana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang diberi ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.


Subhanallah,, kita sekarang berada dibulan yang betul-betul disukai oleh Allah,, bulan Syaaban. Mudah-mudahan kita semua dapat memanfaatkan sebaik mungkin bulan mulia ini terutamanya malam Nisfu Syaaban ini. insyaAllah.

Bermulanya waktu selepas Maghrib tadi, Allah telah menggantikan buku catatan amalan kita yang baru. Jom kawan-kawan, kita buat azam baru untuk penuhkan buku catatan amalan sebelah kanan kita bermula malam ini agar dapat memperoleh saham dan manfaat bila kita mati nanti.. dengan izin Allah jua..