Adam... kiranya kau membaca coretanku ini. sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam... di dalam Al-Quran ada menyatakan kaum lelaki adalh menguasai terhadap kaum wanita. kau diberi amanah untuk mendidikku, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, malah untuk memerhati dan mengawasi gerak perilaku aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu, Allah subhanahuwataala...
Adam... kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak suka makan nasihat. pada fikiranku ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu dahulu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad s.a.w. terhadap isteri-isterinya dan anak-anak baginda? memang engkau bukanlah seorang Nabi, tetapi sedarlah bahawa namamu adalah seorang lelaki! kau tanya dirimu, adakah kaum Adam melayani kaum Hawa sama adilnya seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? adakah akhlak Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam... kau sebenarnya imam dan tentulah aku menjadi makmumnya. aku adalah pengikutmu kerana kau adalah seorang ketua. jika kau lalai, lalailah aku. kau punya kelebihan akal dan aku banyak dilebihkan dengan nafsu. akalmu sembilan, nafsumu satu, akalku satu, dan nafsuku?? fikirkanlah Adam?! malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhan yang engkau agungkan...
oleh itu, pimpinlah aku kerana aku ini seorang pelupa, aku juga lalai dan alpa. aku banyak kekurangan. sering juga aku tergelincir ditolak sorang oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. bimbinglah aku untuk menyelami kalimah Allah. perdengarkanlah aku mengenai kalimah syahdu dari Tuhan kita agar dapat menjadi terang hidupku ini...
No comments:
Post a Comment